Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) semalam menegesahkan akan mengeluarkan bajet RM2.4 juta untuk membayar ‘yuran pembangunan’ kepada semua kelab atau sekolah yang pernah disertai oleh semua 26 pemain skuad Piala Dunia Jepun di Qatar.
Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Nikkan Sports itu lagi, pasukan yang layak menerima wang tunai itu adalah tertakluk kepada beberapa perkara seperti dibawah;
- Kelab yang disertai oleh pemain Ketika berusia 11 hingga 21 tahun.
- Pemain berada dalam pasukan minimum 1 tahun.
- Kelab atau sekolah yang berdaftar dengan JFA.
Nota: Hanya kelab domestik Jepun sahaja yang terlibat dan kelab diluar Jepun tidak akan dikira.
Dari sudut jumlah pembayaran yang akan diterima oleh kelab pula, JFA telah menetapkan akan memberikan JPY300,000 atau RM9,620 atas seorang pemain kepada pasukan terlibat bagi setiap tahun.

Contoh: Yuto Nagatomo beraksi dengan Sekolah Kanbai Saijo (2 tahun), Sekolah Saijo Shiritsu Saijo Kita JHS (3 tahun) & Sekolah Higashi Fukuoka HS (3 tahun) serta Meiji Universiti (3 tahun).
Oleh itu setiap pasukan tersebut akan menerima JPY300,000 x 3 tahun = JPY 900,000 atau sekitar RM28,860 & Sekolah Kanbai Saijo akan menerima JPY300,000 x 2 tahun = JPY600,000 atau RM19,250 sebagai ‘Yuran Pembangunan’.
Inisiatif seperti ini telah mula dilakukan oleh JFA sejak Piala Dunia Russia 2018 yang lalu bagi memberikan penghargaan serta dorongan untuk kelab atau sekolah lebih teruja untuk menghasilkan bakat-bakat baru yang akan membawa nama Jepun dipentas Piala Dunia untuk edisi seterusnya.