“Jika Berlaku, Tiada Calon Lebih Layak Bersama Harimau Malaya” – Zaquan Adha
MakanBola
ANFA
Sponsors

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha yakin tiada calon lebih layak untuk mengemudi jentera serangan Harimau Malaya ketika ini berbanding tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva.

Pemain berusia 34 tahun itu menikmati musim paling cemerlang bersama Harimau Selatan selepas merekodkan 31 jaringan secara kesuluruhan pada musim ini.

Ad

Zaquan yang juga bekas kapten Harimau Malaya melihat bahawa tonggak kelahiran Brazil itu merupakan calon paling layak bersama skuad kebangsaan.

Ad

“Jika kita lihat situasi ketika ini, tiada lagi calon yang selayak Bergson sekiranya ini berlaku. Secara faktanya, statistik semuanya memihak kepada Bergson.

“Beliau memiliki kualiti, lihat pada rekod hatriknya dan jumlah jaringan terkumpul hampir memecahkan rekod jaringan sepanjang zaman di Liga Super.

Ad

Namun begitu, bekas pemain Negeri Sembilan ini berharap agar dapat melihat Bergson untuk menyesuaikan diri sekiranya terpilih untuk mewakili Malaysia suatu hari nanti.

Ad

“Kualiti beliau (Bergson) tidak boleh dipertikaikan lagi tetapi adakah ia akan setanding pada peringkat antarabangsa?

Ad

“Beliau ketika ini adalah calon terbaik untuk mengemudi jentera serangan Harimau Malaya,” ujar Zaquan kepada Astro Arena.

Sebelum ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah memberi bayangan bahawa Bergson bakal menjadi solusi jangka pendek buat jentera serangan Harimau Malaya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments