Joao Almeida Sah Bimbing JDT Futsal
UltraSukan
JDT Futsal

Johor Darul Ta’zim (JDT) melantik Joao Almeida selaku ketua jurulatih pasukan futsal Harimau Selatan.

Pelantikan Joao Almeida diumumkan menerusi satu hantaran di laman media sosial JDT Futsal yang menyaksikan jurulatih kelahiran Portugal ini dipilih secara rasmi sebagai pengendali baharu pasukan.

Kehadiran Joao Almeida bakal menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Juan Antonio Miguel Garcia selepas beliau mengambil keputusan bagi berpisah dengan JDT pada bulan Oktober lalu.

Tugas penting bakal digalas Joao Almeida dalam membentuk skuad ampuh buat JDT untuk mempertahankan takhta MPFL serta merampas kejuaraan Malaysia Futsal Cup musim akan datang.