Jodoh Khuzaimi Piee Bersama Selangor Berakhir
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pemain pertahanan kental, Khuzaimi Piee mengesahkan dirinya akan meninggalkan Selangor FC pada akhir musim ini.

Kemenangan 2-0 Selangor ke atas PDRM semalam menyaksikan itu perlawanan terakhir Khuzaimi Piee bersama Selangor setelah 2 musim bergelar pemain The Red Giants.

Ad

Aksi tersebut juga menyaksikan Selangor menamatkan saingan Liga Super 2024/2025 di tangga kedua liga dibelakang Johor Darul Ta’zim dengan meraih 52 mata dan diikuti pasukan Sabah di tangga ketiga liga.

Ad

Khuzaimi Piee berkongsikan keputusan itu menerusi sebuah hantaran dalam laman Instagram miliknya apabila membuat ucapan selamat tinggal kepada pasukan Selangor.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Khuzaimi Piee (@khuzaimipiee)

Ad

Pemain berusia 31 tahun itu hanya melakukan 4 penampilan dalam aksi Liga Super musim ini namun tetap berjaya membantu pasukannya meraih kemenangan dalam 4 perlawanan tersebut.

Ad

Beberapa siri kecederaan sedikit merencatkan peluang pemain ini untuk turun bermain apabila Khuzaimi beberapa kali mengalami kecederaan seperti patah tangan dan juga hamstring sepanjang musim ini.

Ad

Khuzaimi Piee menyertai Selangor pada akhir tahun 2022 dari Negeri Sembilan selain turut pernah beraksi buat pasukan Melaka dan juga PKNP FC.

Bakat Khuzaimi semakin terserlah apabila beliau dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Khuzaimi juga antara tonggak penting Harimau Malaya di bahagian pertahanan sewaktu skuad kebangsaan dalam misi melayakkan diri ke Piala Asia 2023 edisi lalu.

Destinasi seterusnya buat pemain ini masih belum diketahui setelah hampir lebih 2 tahun Khuzaimi Piee menyarung jersi Merah Kuning.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments