Joel Cornelli Dilantik Jurulatih Baharu Malayan Tigress
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Skuad bola sepak wanita Malaysia, Malayan Tigress bakal menerima sentuhan jurulatih baharu dari Brazil, Joel Cornelli.

Pengumuman ini dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu sidang media yang diadakan pada Rabu yang memperkenalkan Joel Cornelli selaku jurulatih baharu skuad wanita negara

Ad
Sponsors

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran Joel Cornelli ke dalam keluarga bola sepak wanita Malaysia,” umum Dato’ Suraya Yaacob selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.

Ad

“Saya percava beliau dapat membawa pendekatan yang sedar dan baharu ke dalam skuad bola sepak wanita kebangsaan terutama sekali menjelang aksi Kumpulan H Kelavakan Piala Asia Wanita 2026, Jun nanti.”

“Beliau akan mula bekerja dengan barisan pemain pada kem latihan pusat Malayan Tigress yang dijadualkan bermula hujung Mei nanti.”

Ad

“Dengan sokongan menyeluruh daripada barisan kejurulatihan serta FAM, saya percaya skuad bola sepak wanita kebangsaan mampu mencipta kejutan di Tajikistan, nanti,” kata Dato’ Suraya.

Ad

Tugasan pertama menanti Joel Cornelli bersama Malayan Tigress adalah berdepan Bhutan dan Hong Kong sebelum terbang ke Tajikistan untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments