Johan Kamal Kongsi Kepimpinan Berjiwa Rakyat Tengku Amir Shah Di Selangor
MakanBola
Selangor Royal Official
Sponsors

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkongsi sisi unik kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama pasukan.

Beliau ketika dalam sesi audio siar bersama Rakita.my memberitahu bahawa Selangor memiliki seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Ad

Hal ini menjadikan setiap keputusan dan juga hala tuju yang diletakkan oleh kepimpinan tertinggi selari dan jelas untuk dilaksanakan oleh pasukan.

Ad

“Apa yang paling penting ialah hala tuju daripada pemimpin iaitu Tengku Raja Muda (RMS), kalau kita kenal Tengku, kita tahu perwatakannya bagaimana.

“Tengku punya sifat kemanusiaan, rendah diri dan keterbukaan kepada cadangan dan idea daripada rakyat. Komitmen dan dedikasi RMS ini menjadikan kepimpinannya itu merebak kepada yang lain.

Ad

“Apabila hala tuju semua pihak selari, kerja keras sudah pasti perlu diberikan tetapi kami tidak memiliki sebarang konflik. Apabila tiada sebarang konflik yang boleh merencatkan gerak kerja tetapi disebabkan hala tuju dan teladan Tengku (RMS) yang sangat jelas telah menjadi panduan kami.

Ad

RMS juga mahu Selangor menjadi sebuah kelab yang dekat dengan rakyat dan setiap perancangan yang dilakukan akan mengutamakan kepentingan rakyat dan penyokong.

Ad

“Benda kecil seperti harga juga dipandang. Kami sebagai kelab sudah pasti perlu membuat duit tetapi tidak mahu membebankan rakyat. Ini contoh kecil tetapi apabila kami perlu membuat keputusan, ini prinsip yang Tengku Raja Muda (RMS) letakkan,” jelasnya dalam audio siar terebut.

Proses penswastaan yang telah dilakukan kepada Selangor FC juga meningkatkan sasaran pasukan untuk berusaha menjadi salah sebuah gergasi di rantau Asia.