Advertising
Johor Darul Ta’zim Cipta Rekod Baharu Liga Super
MakanBola
Instagram: @officialjohor

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mencipta satu lagi rekod baharu buat pasukan itu apabila berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah paling lama dalam sejarah Liga Super.

Perkara ini disusuli dengan prestasi pasukan Harimau Selatan yang berhasil mencatat jumlah tidak kalah sepanjang 35 perlawanan di tempat lawan.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Ad

Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa pasukan milik Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berjaya mengekalkan rentak cemerlang sejak bulan Mac 2018 sehingga kini sekaligus menjadikan rekod terbaharu Liga Super.

Ad

Selain itu, JDT juga sudah mencatatkan kemenangan 7 kali berturut-turut ketika perlawanan Liga Super ke-18 melibatkan pertembungan JDT menentang Sabah yang berkesudahan kemenangan menjadi milik JDT hasil jaringan Bergson Da Silva.

Kecemerlangan ini juga terbukti apabila pasukan bimbingan Benjamin Mora ini terus gah berada di persada liga musim ini apabila berjaya merakam 14 kemenangan dan hanya tewas satu kali.

Ad
Ad

Kini, JDT unggul di kedudukan pertama liga dengan mengumpul 45 mata, 8 mata dipisahkan dengan pasukan tangga kedua liga iaitu Terengganu FC.

Ad

Dengan berbaki 4 perlawanan, JDT perlu fokus untuk mengekalkan momentum bagi menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut.