Johor Darul Ta’zim Tawan Ratchaburi di Bangkok
MakanBola
Sponsors

Johor Darul Ta’zim yang turun beraksi untuk menebus kekalahan dalam perlawanan sebelum ini berjaya memperoleh tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan Ratchaburi 1-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok Thailand.

Perlawanan bermula dengan Johor darul Ta’zim mendominasi hampir keseluruhan perlawanan sehinggalah Bergson da Silva berjaya memperoleh sepakan penalti pada minit ke-29.

Ad

Namun peluang tersebut disia-siakan Bergson selepas sepakannya ke kiri gawang berjaya dihidu penjaga gol Ratchaburi, K.Pathom-attakul.

Ad
Johor Darul Ta'zim vs Ratchaburi
Safiq Rahim diberikan kepercayaan beraksi buat kali ke-2 dalm saingan Liga Juara-juara AFC 2021. Foto Johor Southern Tigers

Tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehinggalah babak pertama tamat.

Ad

Bersambung babak ke-2, Johor Darul Ta’zim tampil lebih bertenaga dan terus melakukan asakan dan berjaya mendapatkan jaringan seawal minit ke-47 menerusi sepakan deras kaki kiri Leandro Velázquez selepas menerima tolakan sipi Safiq Rahim.

Johor Darul Ta’zim kini menduduki tangga ke-2 Kumpulan G dengan 3 mata dibelakang Nagoya Grampus.

Johor Darul Ta’zim bakal bertemu Poohang Steelers pada Isnin, 28 Jun 2021 ini untuk perlawanan ke-3 Kumpulan G, Liga Juara-juara AFC 2021.