Johor Jewels telah mencipta sejarah bola jaring Malaysia.
Ini kerana pasukan itu telah menjadi pasukan pertama muncul juara Netball Super League (NSL) Regional Cup edisi pertama.
Pencapaian ini cukup membanggakan kerana Johor Jewels bukan saja mengatasi cabaran dua pasukan handalan NSL, KL Wildcats dan Terengganu Marvels.
Malah, Johor Jewels turut mengatasi cabaran wakil Singapura, Sneakers Singapore. Pasukan selatan tanah air itu muncul juara dengan mengatasi Terengganu Marvels di peringkat akhir dengan keputusan 56-48.
Kemenangan ini bukan saja memastikan trofi NSL Regional Cup milik Johor Jewels. Malah, ini membolehkan Johor Jewels menebus kekalahan di tangan Terengganu Marvels dalam aksi final NSL.
Kejayaan ini turut menyaksikan dua tonggak import Johor Jewels, Gretel Bueta dan Matilda McDonell meraih trofi sulung bersama pasukan itu.
Lebih manis, Bueta turut dipilih sebagai Best Shooter dan Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan. Beliau membawa hadiah wang tunai berjumlah RM2,500.