Johor Umum Cuti Peristwa Sempena Pencapaian Cemerlang JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti peristiwa pada 28 April ini bagi meraikan pencapaian cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang musim 2024/25.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 24 April lalu.

Ad

Onn Hafiz memaklumkan cuti peristiwa itu sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang JDT pada musim ini.

Ad

“Syukur Alhamdulillah. Tahniah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan JDT.

Ad

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak berprestij, bukan sahaja di Malaysia, bahkan kini disegani di rantau Asia.”

Ad

JDT kini berpeluang menambah satu lagi trofi bagi melengkapkan musim 2024/25 yang gemilang iaitu Unifi Piala Malaysia.

Ad

Atas sebab itu, Onn Hafiz berharap penyokong hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 26 April ini untuk menyokong Harimau Selatan.

“Dengan empat gelaran Piala Malaysia dalam tangan pada musim 2017, 2019, 2022 dan 2023, misi kejuaraan kelima kini di depan mata.

“Ayuh seluruh penyokong Harimau Selatan, kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk perlawanan ini. Semoga kemenangan milik pasukan JDT!” tambahnya.

JDT yang juga juara bertahan bakal berdepan juara edisi 2014, Sri Pahang FC.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments