Jon Irazabal Pimpin Sabah FK Ke Final Azerbaijan Cup
MakanBola
Sabah FK
Sponsors

Pemain pertahanan Malaysia, Jon Irazabal membantu Sabah FK mara ke pentas final Azerbaijan Cup musim 2024/25.

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan Neftchi Baku 3-2 secara agregat dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan yang berlangsung pada 24 April.

Ad

Selepas meraih kemenangan 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama, anak buah Vasili Berezutski hanya perlu mempertahankan kelebihan mereka dalam aksi timbal balik.

Ad

Jesse Sekidika meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-23. Emin Makhmudov kemudiannya mengikat kedudukan 1-1 16 minit selepas itu.

Separuh masa kedua menyaksikan Neftchi Baku berusaha mencari gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ad

Malangnya, apa yang dihajatkan anak buah Samir Abasov itu tidak berlaku. Itu sudah cukup buat pasukan yang diberi jolokan Bayquslar itu mara ke peringkat akhir.

Ad

Irazabal dan Sabah bakal berdepan cabaran hebat di peringkat akhir Azerbaijan Cup. Ini kerana mereka akan berdepan juara bertahan, Qarabag FK.

Ad

Qarabag mara selepas menyingkirkan Araz-Naxcivan PFK 4-0 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kemenangan terbaru ini dijangka membakar semangat Sabah untuk meneruskan momentum kemenangan dalam liga.

Selepas menewaskan Sabail 3-2 pada 19 April lalu, Irazabal dan Sabah akan berdepan Qarabaq pada 27 April. Aksi ini juga ibarat pemanas badan sebelum aksi final pada 31 Mei ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments