Jordan Bawa Rekod Kekalahan Buruk Ke Piala Asia
MakanBola
FA Jordan
Sponsors

Jordan bakal berdepan kesukaran apabila Piala Asia 2023 membuka tirai kempennya pada 12 Januari 2024.

Ini kerana pasukan yang diberi jolokan The Chivalrous Ones itu hanya merekodkan dua kemenangan dalam10 perlawanan antarabangsa sejak November 2022.

Ad

Jordan merekodkan kemenangan masing-masing ke atas Filipina dan Jamaica pada Mac dan Jun 2023.

Ad

Satu keputusan seri diraih bila mereka menentang Tajikistan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada November lalu.

Manakala tujuh lagi perlawanan berkesudahan dengan kekalahan. Ini termasuk kekalahan besar 6-0 di tangan Norway pada September lalu.

Ad

Lebih perit buat The Chivalrous Ones ialah mereka hanya menjaringkan 14 gol dan dibolosi sebanyak 23 kali dalam 10 perlawanan.

Ad
@fariszukeiman

Romel Morales sedia berkorban apa sahaja untuk kejayaan Malaysia.🐯 Follow: @MakanBola #MakanBola #Malaysia #RomelMorales #KimPanGon #PialaAsia

♬ original sound – faris.z – faris.z

Ini statistik yang patut dibimbangi pengendali Jordan, Hussein Ammouta jika dibandingkan dengan tiga lagi pasukan dalam Kumpulan E Piala Asia 2023.

Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon menyumbat 29 gol dan Korea Selatan (23 gol) dalam 10 perlawanan. Jordan hanya mengatasi Bahrain dari segi kelebihan gol dengan 14 gol berbanding Bahrain (11 gol).

Jordan berharap rekod kekalahan buruk ini dapat ditambahbaik apabila mereka mengharungi tiga aksi pemanas badan pra-Piala Asia.

Mereka akan bertemu Lubnan pada 28 Disember, Qatar (5 Januari 2024) dan Jepun (9 Januari 2024).

The Chivalrous Ones bakal membuka kempen Kumpulan E dengan menentang Harimau Malaya pada 15 Januari 2024.