Jordan Buat Tajikistan Berputih Mata
MakanBola
Jordan FA
Sponsors

Jordan cemerlang menewaskan Tajikistan 3-0 di Stadium Antarabangsa Amman dalam perlawanan kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Adnan Hamad mempertaruhkan trio serangan berbisa Jordan yang dibarisi pemain seperti Moussa Al-Tamari, Yazan Al-Naimat dan Ali Olwan untuk menggempur pertahanan Tajikistan.

Ad
Sponsors

Tiga pemain tengah berpengalaman iaitu Amirbek Juraboev, Parvizdzhon Umarbayev serta Ehson Panjshanbe pula diberikan kepercayaan untuk mengemudi jentera tengah Tajikistan.

Ad

Aksi separuh masa pertama memperlihatkan keseimbangan buat kedua-dua pasukan apabila Jordan dan Tajikistan berjaya menghalang kubu pertahanan daripada dibolosi pihak lawan.

Memasuki babak kedua, Jordan tampil lebih berani dalam mengancam blok pertahanan Tajikistan untuk meraih gol pertama perlawanan.

Ad

Ali Olwan menceriakan ribuan penyokong Jordan apabila memecah kebuntuan gol pada minit ke-51 perlawanan.

Ad

Jordan terus cemerlang apabila meraih gol kedua pada minit ke-68 perlawanan menerusi jaringan penyerang utama, Yazan Al-Naimat.

Ad

Disaat Tajikistan cuba mencari jalan kebangkitan, Ibrahim Sadeh muncul untuk memusnahkan harapan Tajikistan dengan menyumbang gol ketiga Jordan pada masa tambahan.

Tiupan wisel penamat menyaksikan Jordan berjaya menewaskan Tajikistan dengan jaringan 3-0 untuk meraih tiga mata berharga.

Jordan ketika ini berada di tangga kedua dengan 10 mata manakala Tajikistan berada di tangga ketiga dengan 5 mata. Jordan seterusnya akan menentang Arab Saudi manakala Tajikistan akan bertemu Pakistan dalam aksi kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2026.