Ads
Jordan Diikat Pasukan Ke-136 Dunia
Harimau Malaya
Jordan FA

Pasukan kebangsaan Jordan menerima kejutan apabila diikat pasukan ke-136 dunia pada aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Skuad kendalian Jamal Sellami menurunkan kesebelasan terbaik dengan trio serangan Yazan al-Naimat, Mousa Al-Taamari dan juga Ali Olwan.

Advertisements

Permulaan baik buat naib juara Piala Asia 2023 itu apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 hasil ledakan Mousa Al-Taamari.

Advertisements
Advertisements

Kelebihan itu memastikan aksi babak petama memihak Jordan 1-0 ke atas Kuwait.

Bersambung babak kedua, Kuwait yang dibimbing oleh Salman Bormeya melakukan beberapa pertukaran penting untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Advertisements

Kebijaksanaan jentera serangan Kuwait memaksa kesilapan dilakukan oleh pertahanan Jordan yang akhirnya memberikan sepakan penalti.

Peluang itu tidak disia-siakan oleh penyerang pasukan, Yousef Nasser yang menyempurnakan penalti pada masa kecederaan.

Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 hingga tamat permainan.

Advertisements

Jordan akan terbang ke Malaysia bertemu Palestin pada 10 September manakala Kuwait akan menghadapi Iraq pada aksi berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram