Asia

Jordan Dimalukan Lubnan

Lubnan Jordan Jordan Dimalukan Lubnan
Lebanon FA
Advertisements

Skuad kebangsaan Jordan melalui persiapan yang tempang menjelang Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan selepas tewas tipis 1-2 kepada Lubnan.

Jordan terlebih dahulu di hadapan melalui jaringan Hamza Al-Dardour pada minit ke-2. Jaringan pertama Lubnan terhasil melalui pemain tengah bepengalaman Mohamad Haidar pada minit ke-23.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan dengan kedudukan seri, Nour Mansour menjadi wira Lubnan pada masa kecederaan seterusnya menghadiahkan kekalahan buat Jordan.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan penyerang Penang FC, Soony Saad menjadi penyerang utama pasukan Lubnan.

Kekalahan itu menyaksikan rekod buruk Jordan berterusan. Sebelum ini, mereka gagal mendapatkan kemenangan dalam enam aksi antarabangsa.

Jordan diletakkan di dalam kumpulan E di Piala Asia 2023 bersama-sama Korea Selatan, Bahrain dan juga Malaysia.

Selepas perlawanan menentang Lubnan tempoh hari, Jordan bakal meneruskan persiapan mereka ke Piala Asia dengan dua lagi aksi ujian iaitu menentang Qatar (5 Januari 2024) dan Jepun (9 Januari 2024).