Advertising
Jordan FA Beri Tekanan Kuat, Minta FIFA Gantung Israel
MakanBola
Jordan FA

Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) mula menggerakkan tekanan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggantung Israel.

Sejak konflik Israel-Palestin di Semenanjung Gaza kembali tercetus pada Oktober 2023, konflik itu mengakibatkan lebih 30,000 orang terbunuh termasuk 250 orang pemain bola sepak Palestin.

Ad

Situasi ini mendorong Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub menggesa keahlian Israel daripada FIFA digantung semasa Kongres FIFA di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Ad

Desakan ini turut mendapat sokongan negara-negara ahli Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) termasuk JFA.

Kini, wartawan Perancis, Romain Molina melaporkan JFA kini melobi negara-negara ahli FIFA untuk menyatakan sokongan kepada usaha tersebut.

Ad

Antara negara yang menyokong secara terbuka usaha yang digerakkan JFA ini ialah Algeria, Iraq, Syria dan Yaman.

Ad

“Persatuan Bola Sepak Jordan meneruskan kerja di belakang tabir untuk memberi tekanan kepada FIFA untuk menggantung keahlian Israel.

Ad

Beberapa persatuan telah mengambil kedudukan dalam sokongan (Algeria, Iraq, Syria, Yaman). Sementara (negara-negara) yang lain (memilih pendekatan) lebih berhati-hati,” katanya di X.

FIFA dijangka membincangkan isu tersebut menerusi mesyuarat luar biasa Majlis FIFA yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.

Sekiranya usul tersebut diluluskan, Israel akan mengikut jejak langkah Rusia. Keahlian Rusia digantung oleh FIFA susulan serangan negara itu ke atas Ukraine pada awal tahun 2022.

Ini juga dianggap berita baik buat Indonesia. Ini kerana sekiranya keahlian Israel digantung, maka pasukan itu berpotensi tidak boleh menyertai acara bola sepak Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Sekiranya perkara itu berlaku, ini membuka ruang buat Indonesia untuk dipilih sebagai pasukan alternatif menggantikan pasukan itu.