Jordan Longlai Dibaham Jepun
Asia
MakanBola
Jordan FA
Advertisements

Skuad kebangsaan Jordan terus melalui persiapan yang memeritkan sebelum ke Piala Asia 2023 Qatar selepas dibelasah Jepun dalam satu aksi persahabatan sebentar tadi.

Jepun yang menurunkan kesebelasan utama memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang baik manakala Jordan dilihat lebih fokus bertahan.

Advertisements

Hasil serangan bertali arus, Jepun akhirnya berjaya di hadapan melalui percubaan pemain pertahanan Ko Itakura pada minit ke-14 perlawanan. Jepun di hadapan 1-0.

Belum sempat Jordan mengatur langkah, Jepun berjaya meledak lagi pada minit ke-18 melalui percubaan Keito Nakamura yang mudah menewaskan penjaga gol Jordan.

Advertisements

Biarpun mendahului dengan dua jaringan, Jepun terus menekan Jordan dengan serangan bertali arus untuk menambah jaringan ketiga.

Jepun akhirnya berjaya meledak gol ketiga mereka, kali ini hasil jaringan sendiri pemain Jordan sekali gus mengubah kedudukan menjadi 3-0.

Advertisements

Pesta gol Jepun berterusan apabila pada minit ke-39 pemain bintang Jepun, Takumi Minamino mencipta nama sebagai penjaring gol keempat Jepun sekali gus menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 4-0 memihak Jepun.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Jepun meneruskan asakan ke kubu Jordan walaupun sudah di hadapan dengan empat jaringan. Jordan dilihat agak bergelut untuk melancarkan serangan.

Walau bagaimanapun benteng Jordan dilihat lebih berdisiplin berbanding pada separuh masa pertama. Beberapa serangan dari pasukan Jepun juga dapat dipatahkan.

Advertisements

Hasil kerja keras dalam melancarkan serangan, Jepun akhirnya berjaya menambah gol kelima perlawanan pada minit ke-71 melalui bintang VFL Bochum, Takuma Asano.

Penderitaan Jordan berterusan apabila Daizen Maeda mengubah kedudukan menjadi 6-0 selang 10 minit selepas jaringan Asano.

Advertisements

Jordan akhirnya berjaya mendapat jaringan saguhati pada penghujung perlawanan hasil penyudah Saleh Ratib sekali gus menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-1 berpihak kepada Jepun.

Advertisements

News Comments Account