Selepas disisihkan ke skuad Piala MFL Terengganu FC, Jordan Mintah kini dikhabarkan bakal menyertai kelab Liga Super, Kuching City FC.
Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Ketika ini, rundingan sedang dijalankan bagi membolehkan Mintah menyertai Il Gatto secara pinjaman.
Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, penyerang Ghana itu bakal menambah ketajaman di bahagian serangan Kuching City FC.
Selain Kuching City FC, sebuah pasukan di utara tanah air juga berminat mendapatkan khidmat Mintah.
Pasukan yang tidak dinamakan itu juga mengadakan rundingan dengan Terengganu FC untuk mendapatkan khidmatnya secara pinjaman.
Khabar perpindahan ini timbul susulan Terengganu FC berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov hari ini.
Dengan Peteh kini memiliki sembilan pemain import, seorang pemain import perlu dilepaskan bagi membolehkan Tukhtasinov didaftarkan.