Jordi Amat Diintai Bali United
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat berpotensi mewarnai saingan bola sepak Indonesia pada musim hadapan.

Khabar angin ini timbul disebabkan kontrak bek tengah Indonesia berusia 33 tahun itu bakal berakhir pada 31 Mei ini. Ini berdasarkan semakan terkini di Transfermarkt.

Ad

Selepas tarikh tersebut, Amat akan menjadi ejen bebas dan bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Ad

Susulan itu, dua kelab Liga 1 Indonesia iaitu Bali United dan Persib Bandung dilaporkan berminat mendapatkan khidmat beliau.

Sebaik khabar angin ini timbul, pegawai media Bali United, Alexander Mahaputra memilih untuk tidak mengiyakan atau menafikan minat kelab itu kepada Amat.

Ad

“Bisa ya, bisa juga khabar angin. Tunggu saja,” katanya kepada Detik Bali apabila diminta mengulas khabar tersebut.

Ad

Selain JDT, Amat pernah beraksi untuk Swansea City, Espanyol, KAS Eupen, Rayo Vallecano dan Real Betis. Beliau turut merekodkan 18 penampilan bersama Indonesia.

Ad

Musim 2024/25 menyaksikan Amat merekodkan 25 penampilan, dua gol dan satu bantuan gol dalam semua kejohanan bersama JDT.

Selain Amat, Serdadu Tridatu dan Pangeran Biru juga mengintai khidmat Justin Hubner, Thom Haye dan Rafael Struick. Kontrak ketiga-tiga pemain ini bakal berakhir pada 30 Jun ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments