Advertising
Jordi Amat Jadi Pilihan Shin Tae-yong, Saddil Ramdani Tercicir Lagi
MakanBola
Johor Southern Tigers/Sabah FC

Dua pemain yang berpangkalan di Malaysia, Jordi Amat dan Saddil Ramdani mendapat nasib berbeza untuk panggilan menyertai skuad kebangsaan Indonesia.

Saddil terpaksa menelan kepahitan kerana sekali lagi disisihkan oleh jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Sementara Amat pula terus mendapat kepercayaan jurulatih Korea Selatan itu.

Ad

Ini bukan kali pertama bekas pemain sayap Sri Pahang FC itu tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan Indonesia. Sebelum ini, Saddil turut disisihkan daripada menyertai kempen Piala Asia 2023 dan dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam pada Mac lalu.

Ad

Daripada 22 pemain yang dipanggil jurulatih Tae-yong, 13 daripadanya berpangkalan di luar Indonesia. Selain Amat, antara yang tersenarai ialah Asnawi Mangkualam, Ragnar Oratmangoen dan Justin Hubner.

Saddil bukan satu-satunya pemain yang berpangkalan di luar negara tidak dipanggil Tae-yong untuk skuad kali ini. Jurulatih Tim Garuda itu turut memutuskan untuk tidak memanggil bek tengah Ipswich Town, Elkan Baggott.

Ad

Tiga pemain skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23) yang menjadi tunjang kejayaan meraih tempat keempat Piala Asia B-23 2024 juga tidak dipanggil. Mereka ialah Witan Sulaeman, Ramadhan Sananta dan Komang Teguh.

Ad

Witan sudah memaklumkan kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bahawa beliau bakal mengerjakan ibadat haji. Beliau bakal berangkat ke Tanah Suci pada 24 Mei ini.

Ad

Indonesia akan menamatkan baki dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno. Mereka akan menentang Iraq pada 6 Jun sebelum disusuli perlawanan menentang Filipina pada 11 Jun.