Advertisements
Jordi Amat Ledak Gol Debut Bersama Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI

Pemain pertahanan kental Johor Darul Ta’zim, Jordi Amat Maas tidak menunggu lama untuk mencetak gol pertamanya bersama Indonesia.

Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan persahabatan menyaksikan Indonesia mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Burundi.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi wira negaranya apabila jaringannya pada minit akhir menjadi punca Indonesia tidak tewas dalam perlawanan tersebut.

https://twitter.com/idsport12/status/1640738990524600323?s=61&t=RA-CEPJ0jxoDw-YtnKBNAA

Ini merupakan pertembungan kali kedua buat Indonesia dengan Burundi. Indonesia menang dengan jaringan 3-1 Burundi bagi aksi pertama pada 25 Mac yang lalu.

Untuk rekod, Jordi Amat kini sudah beraksi sebanyak enam perlawanan bersama skuad Garuda.

Selepas ini, beliau akan kembali ke Malaysia bagi meneruskan saingan Liga Malaysia bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Related Articles