Jorge Pereyra Díaz Gembira Dapat Lawan Neymar
MakanBola
Mumbai City
Sponsors

Penyerang Mumbai City FC, Jorge Pereyra Diaz begitu gembira dan teruja apabila pasukannya diundi dalam satu kumpulan berdepan Al-Hilal.

Undian yang dijalankan di AFC House itu menyaksikan Mumbai City berdepan laluan yang cukup mencabar dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Ad

Tiga pasukan yang menjadi lawan hebat dalam Kumpulan D ialah Al-Hilal, Navbahor dan juga Nassaji Mazandaran dari Iran.

Ad

Reaksi gembira menyelubungi kem Mumbai City yang juga merupakan juara Indian Super League (ISL) musim 22/23.

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh pasukan, para pemain menjerit kegembiraan setelah melihat keputusan undian tersebut.

Ad

Katanya, beliau amat teruja untuk bertemu Al-Hilal yang kini dibarisi oleh beberapa pemain ternama dunia seperti Neymar.

Ad

“Sangat gembira untuk beraksi menentang Neymar. Pasukannya (Al-Hilal) memiliki beberapa pemain terbaik dunia.”

Ad

“Sekarang kita perlu bersedia. Ayuh Mumbai City,” jelasnya dalam video tersebut.

Bekas bintang JDT ini sudah pun menjaringkan 5 gol dalam 4 penampilan di Durand Cup 23/24 setakat ini.

Diaz juga sudah menjaringkan 17 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 28 perlawanan sejak menyertai Mumbai City.

Mumbai City bakal memulakan aksi di ACL menentang wakil Iran, Nassaji Mazandaran pada 18 September 2023 di laman sendiri.