Jorge Pereyra Diaz Tetap Tidak Berganjak Dari India
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini beraksi di India, Jorge Pereyra Diaz dikhabarkan kekal beraksi di Liga India selepas bakal berhijrah ke kelab baharu untuk musim akan datang.

Diaz merupakan pemain Kerala Blasters dan kelab baharunya yang akan disertai adalah kelab gergasi India, Mumbai City FC yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Namun begitu Mumbai City berjaya menamatkan Liga India musim lalu di kedudukan ke-5 dan kemasukan Diaz dijangka akan menambah lagi sengat di bahagian serangan pasukan.

Advertisements

Bersama Kerala Blasters musim lalu, Diaz berjaya mencetak 8 gol daripada 18 perlawanan yang diharungi. Tetapi beliau juga mengumpul 7 layangan kad kuning di mana ianya merupakan yang tertinggi sepanjang karier beliau.

Diaz bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia apabila beliau pernah beraksi bersama JDT sebelum ini iaitu pada tahun 2015, 2016 dan juga 2018. Di JDT, beliau pernah mengungguli takhta penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2016 dengan 18 gol diikuti rapat rakan sepasukan dan senegaranya, Juan Martin Lucero dengan 16 gol. Namun begitu beliau menghilangkan diri sebelum JDT berlepas ke Vietnam untuk Piala AFC pada tahun 2018.

Tonton kesemua gol yang dijaringkan oleh Diaz pada musim lalu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram