Jorn Andersen Tak Berpuas Hati Dengan Keadaan Padang SNBJ
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Kemenangan berharga pasukan kebangsaan menewaskan Hong Kong 2-0 semalam ternyata memberikan petanda positif buat anak buah Kim Pan-gon menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2023 minggu hadapan.

Pengendali Hong Kong, Jorn Andersen akui bahawa beliau terkejut dengan aksi skuad negara yang dilihat sangat pantas dengan dibantu dengan kesukaran para pemain Hong Kong yang agak kekok beraksi di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya harus mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia. Mereka (pemain Malaysia) beraksi dengan corak permainan menarik. Saya terkejut. Skuad Malaysia sebuah pasukan yang baik. Mengamalkan corak permainan pantas.

Advertisements

“Kami menghadapi masalah berkaitan dengan tempo permainan kami kerana para pemain tidak biasa bermain dengan padang seperti ini. Jadi kami menghadapi masalah. Tetapi kami berjaya untuk tidak melepaskan gol dalam permainan sebenar dan hanya dibolosi melalui dua ‘set piece’, jelas Jorn Andersen dalam sidang media selepas perlawanan.

Dalam perlawanan semalam, ledakan penalti Safawi Rasid dan sepakan percuma Safiq Rahim berjaya menghadiahkan kemenangan buat Malaysia menewaskan Hong Kong. Selepas ini skuad negara akan memulakan kelayakan Piala Asia dengan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram