Jose Baxter Dilantik Penolong Jurulatih Harimau Malaya
MakanBola
Everton FC
Sponsors

Bekas pemain Everton, Jose Baxter sah menggalas peranan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya.

Pelantikan jurulatih berusia 33 tahun itu disahkan pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski dalam sidang media yang diadakan di Wisma FAM.

Ad
Sponsors

Pelantikan Baxter sekaligus menamatkan teka-teki siapa calon yang menggantikan penolong jurulatih sebelumnya dari Australia, Mark Milligan.

Ad

Milligan hanya sempat bersama Harimau Malaya selama tiga bulan sebelum kembali ke Australia pada April lalu. Beliau kemudiannya diumumkan sebagai jurulatih baharu Newcastle Jets.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mendedahkan seorang bekas pemain The Toffees bakal menggalas peranan sebagai penolong jurulatih baharu Harimau Malaya.

Ad

Selain Everton, Baxter pernah beraksi untuk Oldham Athletic, Sheffield United dan Plymouth Argyle. Beliau juga pernah beraksi di Amerika Syarikat bersama Memphis 901 sebelum bersara pada usia 29 tahun.

Ad

Selepas bersara pada 2021, Baxter kembali menyertai akademi Everton sebagai jurulatih. Beliau kemudiannya menggalas peranan sebagai jurulatih skuad Bawah 16 Tahun (B-16).

Ad

Antara tugas Baxter selepas menyertai Harimau Malaya ialah beliau bukan saja membantu Cklamovski membentuk pasukan itu.

Malah, beliau juga akan berperanan sebagai perantara dengan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) yang dibimbing Nafuzi Zain. Ini bagi memastikan pembangunan pemain pasukan itu seiring dengan skuad senior.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments