Kemenangan Melampau Pertama Jose Mourinho di AS Roma
MakanBola
Foto AS Roma Official
Sponsors

Jose Mourinho yang sebelum ini dikritik hebat berikutan kegagalannya membentuk pasukan Manchester United dan Tottenham Hotspurs bermula garang dalam perlawanan pertamanya bersama AS Roma.

Mourinho yang mula bekerja di ibu negara Itali pada minggu lalu dengan pasukan barunya, AS Roma melayani kunjungan pasukan liga bawahan, Montecatini di tempat latihan di Trigoria.

Ad

AS Roma yang beraksi tanpa pemain bintang yang masih berehat selepas tamat kempen EURO 2020 berjaya membenam pasukan Serie D, Montecatini 10-0.

Carles Perez memperoleh jaringan pertama pada minit ke-9 melewati Leonardo Santi di gawang Montecatini.

Ad

Selang 10 minit kemudian, Roma menggandakan jaringan menerusi tandukan Gianluca Mancinci yang tidak dikawal rapi pertahanan Montecatini.

Ad

Dan sudah tentu selepas itu jaringan tanpa henti dilakukan.

Ad