Jose Mourinho Mengamuk, Anggap Anthony Taylor Punca Kekalahan Roma
Eropah
AS Roma
Advertisements

Awal pagi ini, A.S. Roma kecewa apabila tewas kepada Sevilla di final Liga Europa menerusi penentuan sepakan penalti. Tetapi bagi pengurus Giallorossi, Jose Mourinho, beliau menyifatkan pengadil perlawanan, Anthony Taylor sebagai punca sebenar kekalahan mereka di pentas final kejohanan itu.

Akhbar Daily Mail melaporkan Mourinho yang sinonim dengan gelaran The Special One tidak berpuas hati dengan prestasi pengadil dari England itu. Selain melayangkan 13 kad di pentas final Liga Europa, Taylor juga enggan memberi sepakan penalti kepada Roma.

Dua insiden di mana Roma sepatutnya diberi sepakan penalti ialah pertama, kekasaran ke atas Tammy Abraham pada minit ke-32. Biarpun sudah melihat insiden tersebut di monitor atas nasihat penolong pengadil video (VAR), Taylor tidak memberi penalti kepada Giallorossi.

Advertisements

Kedua, insiden pemain Los Rojiblancos, Fernando didapati menampan bola dengan tangan dalam kotak penalti pada minit ke-75. Pemain-pemain Roma memprotes keputusan Taylor tidak memberi sepakan penalti kepada mereka tetapi beliau tetap dengan keputusannya itu.

Justeru, tidak hairanlah dalam sidang media pasca-perlawanan, Mourinho memberi kritikan keras terhadap pengadil England itu. Bagi bekas pengurus Manchester United itu, prestasi Taylor dianggap memalukan dalam perlawanan tersebut.

“Tahun depan, kita tidak akan bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan itu bagus kerana kita tidak dicipta untuk itu.

Advertisements

“Dan harapnya Taylor hanya mengadili perlawanan-perlawanan UCL dan melakukan perkara mengarut sama yang beliau lakukan malam ini dan bukan di Liga Europa,” katanya.

Selain kegagalan memberi sepakan penalti kepada La Magica, Mourinho juga berang apabila Taylor gagal melayangkan kad kuning kedua kepada bekas pemainnya di Tottenham, Erik Lamela.

Lamela yang kini beraksi dengan Sevilla dikesan melakukan kekasaran ke atas pemain Roma pada masa tambahan. Bekas pengurus Chelsea itu percaya pemain sayap Argentina itu patut dilayangkan kad kuning kedua sekaligus kad merah – berpotensi mengubah sepenuhnya dinamik aksi final awal pagi tadi.

Advertisements

‘Ia satu perlawanan menarik dan keras dengan pengadil kelihatan seperti orang Sepanyol. Ianya (kad) kuning, kuning, kuning sepanjang masa.

“Ketidakadilan ini ditunjukkan dengan hakikat Lamela patut mendapat kad kuning kedua, dia tak dapat dan dia menyempurnakan penalti dalam penentuan sepakan penalti,” tambahnya.

Kemarahan Mourinho terhadap Taylor tidak terhad di sidang media saja. Mengikut video yang dimuatnaik Sportitalia, pengurus Portugal itu dikatakan bersemuka dengan pengadil itu di tempat letak kereta stadium selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Mourinho dikatakan menyumpah Taylor beberapa kali semasa kumpulan pegawai perlawanan hendak meninggalkan stadium dengan bas mini. Setelah itu, beliau kemudiannya kembali ke bas pasukan AS Roma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram