Josh Brownhill: Saya Bukan Orang Malaysia
MakanBola
Burnley FC
Sponsors

Pemain Burnley FC, Josh Brownhill mendedahkan bahwa beliau bukan warganegara Malaysia. 

Kenyataan itu dibuat menerusi laman rasmi Instagram miliknya, yang mahu menjelaskan perkara sebenar mengenai khabar angin yang tersebar.

Ad

Pemain berusia 29 tahun itu memaklumkan bahwa beliau berasal dari England dan tiada pertalian darah Malaysia.  

Ad

“Sekadar ingin menangani situasi beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris dan saya bukan warga Malaysia seperti yang mungkin difikirkan oleh sesetengah orang.

Pemain berusia 29 tahun itu mengakui musykil terhadap berita yang tersebar mengenai dirinya. Walaupun begitu, beliau tetap bersyukur dan berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada peminat dan pihak-pihak yang menyokongnya.

Ad

“Saya tidak pasti bagaimana semua ini bermula tetapi saya mahu menjelaskannya. Tetapi terima kasih atas sokongan tidak kira,” katanya di Instagram Story miliknya.

Ad

Pengesahan daripada pemain tengah Burnley ini menutup segala spekulasi tentang beliau bersama Harimau Malaya. 

Ad

Josh Brownhill ketika ini menjadi tonggak utama Burnley apabila telah mencatatkan 9 jaringan bersama pasukannya.