Advertising
Josh Brownhill Tunaikan Permintaan Tunku Ismail
MakanBola
BFC/JST

Perancang tengah Burnley FC, Josh Brownhill menunaikan permintaan DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menjelaskan situasi semasa melibatkannya dan Harimau Malaya.

Khabar angin berkenaan kapten The Toffees itu berpotensi untuk mewakili Malaysia dinyatakan oleh laman pencari bakat Frfuturetalents sejak beberapa bulan kebelakakangan ini.

Malah, laman tersebut juga mendedahkan berkenaan satu email yang dihantar kepada pemain yang didakwa Josh Brownhill yang memiliki darah Malaysia.

Ad

DYAM Tunku Ismail telah berhubung secara terus dengan pemain berusia 29 tahun itu dan memintanya agar menjelaskan situasi semasa antaranya dan kaitan dengan skuad kebangsaan.

Ad

“Hai Josh, Selamat Hari Krismas. Saya doakan anda dan keluarga anda selamat. Saya rasa anda perlu membuat kenyataan bahawa anda bukan rakyat Malaysia.

“Negara saya tergila-gilakan kamu dan merayu saya untuk mengajak awak bermain untuk Malaysia. Ia amat membantu jika anda boleh menjelaskan perkara sebenar. Maaf mengganggu kamu. Salam sejahtera dan terima kasih,” tulis mesej Tunku Ismail kepada Brownhill.

Ad
Ad

Beliau membalas mesej tersebut dan terus memuat naik satu hantaran di laman sosialnya sekaligus menafikan dirinya memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Ad

“Hai, Selamat Hari Krismas kepada anda juga! Saya terfikir untuk mengeluarkan satu untuk seketika sekarang tetapi saya lihat masanya sudah tiba! Tidak pasti bagaimana semuanya bermula. Terima kasih atas mesej ini,” balasnya.

Brownhill dalam satu kenyataan memberitahu bahawa dirinya memang tidak memiliki sebarang pertalian dengan Malaysia.

“Sekadar ingin menangani situasi beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris dan saya bukan warga Malaysia seperti yang mungkin difikirkan oleh sesetengah orang.

“Saya tidak pasti bagaimana semua ini bermula tetapi saya mahu menjelaskannya. Tetapi terima kasih atas sokongan tidak kira,” katanya di Instagram Story miliknya.