Joshua Zirkzee Berisiko Terlepas Aksi Lawan ASEAN All-Stars Di KL
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Penyerang Manchester United, Joshua Zirkzee berpotensi terlepas aksi persahabatan menentang ASEAN All-Stars di Kuala Lumpur pada 28 Mei ini.

Sebelum ini, penyerang berusia 23 tahun itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United baru-baru ini.

Ad

Zirkzee terpaksa melupakan baki kempen musim ini selepas mengalami kecederaan hamstring. Perkara ini turut disahkan pengurus United, Ruben Amorim.

Ad

“Joshua terpaksa melupakan baki (aksi) musim ini. Jadi, beliau tidak akan bermain lagi musim ini. Kita perlu persiapkan beliau untuk musim seterusnya,” katanya.

“Ianya sukar terutama pada detik ini. Saya fikir beliau menjadi lebih bagus dalam semua aspek permainan, jadi ianya sukar buat mana-mana pemain untuk berhenti.

Ad

“Tetapi inilah bola sepak dan beliau harus bersedia dari sekarang untuk pulih (daripada kecederaan).”

Ad

Pengumuman ini menyaksikan Zirkzee bukan saja perlu melupakan baki enam aksi EPL. Malah, bekas penyerang Bologna itu terpaksa melupakan baki aksi Liga Europa UEFA (UEL) jika United berjaya mara ke separuh akhir.

Ad

The Red Devils dijadual bertemu dengan Olympique Lyon untuk aksi suku akhir UEL di Old Trafford pada 18 April.

Seandainya Zirkzee tidak sempat pulih untuk jelajah pasca-musim United, beliau bukan saja bakal terlepas aksi menentang ASEAN All-Stars pada 28 Mei.

Malah, penyerang Belanda itu terpaksa melupakan aksi menentang skuad kebangsaan Hong Kong pada 30 Mei.

United boleh menghela nafas lega kerana beberapa pemain yang belum cergas dijangka kembali. Salah seorang daripadanya ialah pemain sayap Ivory Coast, Amad Diallo.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments