Miguel Garcia: JDT Pasukan Terbaik Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Antonio Miguel Garcia melihat pasukan itu sebagai pasukan terbaik negara ketika ini.

Pandangan tersebut dibuat selepas melihat Harimau Selatan bergelar juara Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024. JDT menutup kempen Divisyen 1 dengan menewaskan Gombak TOT United 3-0.

Advertisements

Ridzwan Bakri dan Muhammad Saad Abdul Sani menyumbat jaringan pada separuh masa pertama. Manakala Abu Haniffa Hasan meledakkan jaringan ke-10 dalam separuh masa kedua.

Miguel Garcia menyifatkan pasukannya tampil cemerlang sepanjang musim dengan merekodkan 13 kemenangan dan satu kekalahan.

Advertisements

Atas sebab itu, bekas pengendali skuad futsal Real Betis itu melihat status pasukan terbaik sesuai buat JDT dengan mengambil kira pencapaian pasukan dalam Divisyen 1 MPFL.

“Musim ini merupakan musim penuh kecemerlangan buat pasukan saya. Mereka amat bekerja keras, saya bercakap untuk semua orang. Pasukan ini melakukan persiapan sejak Disember (2023) dan itu yang mereka tunjukkan sepanjang tahun ini.

Advertisements

“Dari segi perlawanan ke perlawanan, latihan ke latihan, (pasukan JDT) ini yang terbaik di Malaysia. Bukan saja kerana memenangi liga tetapi juga berada dalam kelab terbaik Malaysia.

“Dan saya gembira pasukan saya mendapat sokongan daripada kelab dan penyokong agar JDT dapat menjadi juara liga,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan dengan Astro Arena.

Advertisements

Selepas ini, Harimau Selatan bakal mengalihkan fokus mereka kepada persiapan menghadapi kejohanan Piala Futsal Malaysia.

News Comments Account