Juan Torres Buka Mulut Selepas Malaysia Tersingkir Awal
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, Juan Torres Garrido akur dengan kehebatan pasukan Vietnam selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 0-2 pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia B-23 semalam.

Kekalahan tersebut menjadikan Malaysia pasukan terkini yang sah tersingkir seawal peringkat kumpulan pada kejohanan ini meskipun masih berbaki satu perlawanan lagi.

Dalam satu sidang media selepas perlawanan, Juan Torres menganggap pemain Malaysia melakukan banyak kesilapan dan dalam masa yang sama menganggap pasukan Vietnam sebagai sebuah pasukan yang kuat.

Advertisements

“Sudah tentu saya tidak boleh berpuas hati dengan keputusan ini. Perasaan sekarang sangat sukar untuk digambarkan. Dalam keadaan Malaysia dianugerahkan penalti, pemain kita melakukan kesilapan.

“Walau bagaimanapun, saya meramalkan masalah itu kerana pemain Malaysia masih muda dan tidak berpengalaman. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan dalam perlawanan ini. Vietnam adalah pasukan yang kuat,” jelas Juan Torres dalam satu sidang media seperti yang dilaporkan TheThao247.

Dengan berbaki satu sahaja lagi perlawanan iaitu menentang Kuwait, Juan Torres berharap para pemainnya dapat melakukan yang terbaik pada aksi tersebut.

Advertisements

“Pemain Malaysia berada di sini bukan sahaja untuk diri kita sendiri, tetapi juga untuk mewakili warna bola sepak Malaysia. Satu-satunya perkara yang saya harapkan ialah pemain akan berusaha untuk itu (menang ke atas Kuwait),” luah jurulatih dari Sepanyol itu.

Aksi Malaysia menentang Kuwait akan berlangsung pada 23 April jam 11.30 malam waktu Malaysia. Perlawanan itu boleh dianggap sebagai pelengkap jadual selepas kedua-dua pasukan sah tersingkir selepas tewas dua aksi awal peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram