Advertisement
Juan Torres Dalam Misi Serampang Dua Mata Di Qatar
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido melihat misi menentang Uzbekistan esok sebagai misi serampang dua mata.

Perlawanan pertama Kumpulan D untuk Piala Asia B-23 2024 itu bukan sahaja peluang buat skuad muda negara meraih mata pertama dalam kumpulan.

Malah, ini juga peluang buat Harimau Muda membuktikan mereka mampu memberi saingan kepada semua pasukan meskipun berstatus pasukan bukan pilihan.

Lantas, Garrido melihat status tersebut bukan halangan buat Malaysia mencipta kejutan ke atas Uzbekistan esok.

“Sudah tentu mereka (skuad Malaysia B-23) teruja. Semua pemain tahu ini satu kejohanan yang sukar. Semua orang mahu bermain dalam kejohanan ini.

“Berdepan lawan ini (Uzbekistan) sememangnya mencabar tetapi memberi motivasi (kepada pemain).

“Semua orang sudah bersedia (dan) semua orang tidak sabar untuk mengambil bahagian,” katanya kepada media dalam sidang media pra-perlawanan yang disiarkan di Astro Arena hari ini.

Malaysia bakal berdepan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa esok untuk aksi pertama kumpulan.

Selain Malaysia dan Uzbekistan, Kumpulan D turut mengandungi negara serantau, Vietnam dan wakil Asia Barat, Kuwait.