Juan Torres: Kad Merah Beri Kesukaran Kepada Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui insiden kad merah Sikh Izhan Nazrel memberi kesukaran kepada skuad negara memburu keputusan positif semalam.

Perlawanan terakhir Kumpulan D membabitkan Malaysia dan Kuwait di Stadium Al Janoub menyaksikan skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Ini selepas Sikh Izhan bertindak keluar dari kotak penalti dan menghalang pergerakan penyerang Al-Azraq, Salman Al-Awadhi pada minit ke-44.

Advertisements

Pengadil Australia, Alex King tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada penjaga gol Penang FC itu sebelum beliau dibawa keluar untuk rawatan.

Lantaran itu, penjaga gol Perak FC, Firdaus Irman Mohd Fadhil dibawa masuk untuk mengawal gawang skuad negara.

Kelebihan 11 pemain pantas dimanfaatkan Kuwait menerusi penalti Al Awadhi pada minit ke-54. Talal Al Qaisi menggandakan kelebihan Al-Azraq pada minit ke-60.

Advertisements

Penyerang muda Haqimi Azim meledakkan gol saguhati buat Malaysia pada minit ke-63.

Meskipun Kuwait dipaksa bermain dengan 10 pemain apabila Al Awadhi dibuang padang pada minit ke-84, Malaysia gagal mencari gol penyamaan.

Bagi Garrido, keputusan perlawanan mungkin saja berbeza seandainya Harimau Muda memiliki 11 pemain di atas padang.

Advertisements

“Amat sukar untuk menentukan perlawanan ini kerana bila kita memiliki peluang untuk menjaringkan gol, situasi tidak dijangka (kad merah Sikh Izhan) memberi kesukaran (kepada Malaysia),” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan seperti dilaporkan The Thao 247.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia menamatkan kempen Kumpulan D di tangga keempat dan merekodkan tiga kekalahan berturut-turut.

Ini kali kedua Malaysia terkandas di peringkat kumpulan Piala Asia B-23 selepas mengalami perkara sama pada edisi 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram