Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Juan Torres Garrido bermula langkah kanan apabila Malaysia B-23 menewaskan China 1-0 namun jurulatih baharu itu tidak mahu cepat berpuas hati.

Advertisements

“Saya gembira. Secara keseluruhannya, para jurulatih tidak sepenuhnya gembira, kami sentiasa mencari aspek mana yang patut ditambahbaik.”

“Tapi dengan mengambil kira tempoh yang singkat ini, para pemain memberikan persembahan yang bagus. Kami cuba perbaiki, kami cuba susun. Selain daripada keputusan 1-0, persembahan secara keseluruhan amat memuaskan bagi kami” ujar Juan Torres.

Advertisements

“Seperti yang kami katakan sebelum bertolak, perlawanan hari ini merupakan ujian yang bagus buat kami. China adalah pasukan yang bagus tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, ada banyak aspek yang kami perlu perbaiki. Jadi, setiap hari, kami berusaha menjadi pasukan yang lebih bagus.” tambahnya.

Pengendali baharu Harimau Muda itu turut mengakui aksi kedua menentang China akan lebih mencabar buat pasukannya.

Advertisements

“Bila kita bermain sebanyak dua kali dengan pasukan yang sama, ini akan menjadi sukar kerana kita telah tahu tentang pasukan lawan sebelum ini. Jadi, fokus kami yang seterusnya ialah memperbaiki beberapa aspek.”

“Kami akan lihat semula perlawanan, kami akan periksa semuanya seperti yang kami lakukan dan memperbaiki sedikit aspek serangan, contohnya lebih banyak masa dalam kotak penalti lawan.” ujar Juan Torres setelah tamat perlawanan.

“Secara keseluruhan, kita akan cuba menjadi lebih mantap. Namun saya fikir selepas menonton perlawanan dan rakaman video, baru kita akan tahu apa yang kita patut perbaiki untuk perlawanan seterusnya.” jelasnya.

Malaysia akan bertemu China buat kali kedua pada 26 Disember ini sebagai persediaan ke Piala Asia B-23 tahun hadapan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram