Juan Torres Pilih 8 Pemain Selangor Berdepan China
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido memanggil seramai 8 orang pemain dari pasukan Selangor untuk aksi persahabatan di China.

Daripada senarai 24 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor mempunyai jumlah pemain yang paling ramai dipanggil iaitu seramai 8 orang diikuti pasukan Johor Darul Ta’zim (5 orang).

Daripada lapan pemain Selangor yang dipanggil, tiga pemain merupakan pemain pertahanan, tiga pemain tengah, seorang penyerang dan seorang penjaga gol.

Advertisements

Tiga pemain pertahanan Selangor tersebut merupakan pertahanan tengah, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili dan pertahanan kiri, Ruventhiran.

Pemain tengah The Red Giants yang dipanggil pula ialah Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Syahir Bashah dan Muhammad Abu Khalil.

Manakala penyerang dan penjaga gol Selangor II, Muhammad Aliff Izwan Yuslan dan Syahmi Adib Haikal mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk membawa cabaran Malaysia ke China.

Advertisements

Skuad bawah 23 tahun negara berlepas ke China untuk dua aksi persahabatan bertemu negara tembok besar itu di Shanghai pada 23 Disember dan 26 Disember sebagai persiapan menghadapi Piala Asia bawah 23 tahun pada April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram