Juan Torres Tagih Sentuhan Pemain Liga Jerman
Harimau Malaya
SV Waldhof Mannheim
Advertisements

Persiapan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar lebih mantap dengan kehadiran seorang pemain yang beraksi di liga Jerman.

Pemain yang dimaksudkan ialah pemain pertahanan kelab SV Waldhof Mannheim berusia 21 tahun, Annil Vigneswaran.

Annil merupakan salah seorang daripada dua pemain yang berpangkalan di luar negara yang dipanggil Juan Torres Garrido memperkuatkan skuad Harimau Muda.

Advertisements

Seorang lagi pemain yang dipanggil ialah penyerang kelab Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC), Luqman Hakim Shamsudin.

Kehadiran Annil dijangka memantapkan lagi barisan skuad B-23 negara. Ini kerana Annil bukan saja boleh beraksi sebagai bek tengah.

Malah, beliau juga mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan sekiranya diperlukan Garrido di bahagian tengah.

Advertisements

Sebelum ini, Annil pernah mendapat panggilan menyertai skuad B-23 negara pada 2021 semasa pasukan itu dibimbing Brad Maloney.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya tidak diturunkan ekoran masalah kecergasan yang melanda dirinya ketika itu.

17 pemain termasuk Annil dan Luqman telah dipanggil menyertai kem latihan Harimau Muda yang bermula pada Ahad ini.

Advertisements

Barisan pemain ini kemudiannya akan disertai beberapa pemain lain yang sedang menjalani latihan bersama skuad senior Malaysia.

Pemain yang tidak dipilih Kim Pan-gon untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman akan dilepaskan untuk menyertai kem skuad B-23 negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram