Juara Piala AFC 2022 Gagal Ke ACL
MakanBola
AFC
Sponsors

Hasrat juara Piala AFC 2022, Al-Seeb untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak kesampaian.

Pasukan yang beraksi secara konsisten dalam saingan liga itu masih tidak dapat melepasi ke peringkat berikutnya selepas dikecewakan wakil Uzbekistan.

Ad

Wakil dari Oman itu berjaya menjulang kejuaraan Piala AFC tahun lalu selepas menewaskan pasukan Liga Super, KL City FC.

Ad

Kejayaan menewaskan The City Boys 0-3 itu menyaksikan Al-Seeb berpeluang untuk mara ke peringkat ACL namun perlu melalui aksi kelayakan awal berdepan kelab AGMK FC.

Jaringan tunggal menerusi percubaan Khurshid Giyosov sudah cukup untuk menoktahkan perjalanan Al-Seeb untuk beraksi di ACL.

Ad

Kemenangan AGMK menyaksikan pasukan tersebut akan ke pusingan play-off berdepan kelab Qatar, Al Arabi SC untuk mara ke peringkat kumpulan.

Ad

Undian bagi penentuan kumpulan akan dijalankan dengan 10 kumpulan yang terdiri daripada empat setiap satunya.

Ad

Undian akan menyaksikan pasukan dari Zon Barat diundi ke dalam Kumpulan A hingga E manakala peserta di Zon Timur akan mendapat tempat dalam Kumpulan F hingga J.

Edisk ke-21 pertandingan kelab utama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan berlangsung dari September 2023 hingga Mei 2024.