Jumlah Mata & Ranking FIFA Jika Malaysia Atasi Nepal
MakanBola
FA MALAYSIA
Sponsors

Berikut merupakan jumlah mata yang bakal dipungut oleh Malaysia beserta kedudukan terkini FIFA sekiranya berjaya mengatasi Nepal.

Perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menjadi medan ujian buat pengendalo baharu, Peter Cklamovski untuk memacu era baharu Harimau Malaya.

Ad

Skuad kebangsaan melayan kunjungan pasukan ke-175 dunia, Nepal di Stadium Sultan Ibrahim dengan senarai awal 30 orang pemain telah dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat.

Ad

Malaysia bagaimanapun berpeluang untuk menghampiri kedudukan jiran tetangga, Indonesia sekiranya melakar kemenangan ke atas Nepal.

Harimau Malaya bakal memperoleh tambahan +8.56 mata FIFA sekiranya menewaskan Nepal untuk mengumpul 1123.58 mata secara keseluruhan.

Ad

Kemenangan bakal membolehkan kedudukan Indonesia (130) dan Malaysia (131) dalam ranking FIFA hanya dipisahkan dengan 3 mata sahaja tatkala Sang Garuda akan melayan kunjungan jaguh Timur Tengah, Bahrain pada 25 Mac ini.

Ad

Kedudukan jaguh Asia Tenggara kekal menjadi milik Thailand yang menghuni tangga ke-97 di Asia disusuli oleh Vietnam (114).

Ad

Satu lagi aksi Kumpulan F melibatkan pertemuan antara Vietnam dan Laos pada hari sama jam 7.30 malam waktu tempatan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments