Jumlah pemain warisan baharu yang diumumkan oleh DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor buat pemain Harimau Malaya.
Baginda telah menyediakan fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan yang beraksi di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.
Usaha itu membuahkan hasil selepas pasukan bimbingan Peter Cklamovski melakar kemenangan bergaya 2-0 ke atas pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac lalu.
Baginda bagaimanapun melihat perjalanan pasukan kebangsaan masih jauh dan perlu memperbaiki pasukan dari semasa ke semasa.
“Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada kemajuan yang baik dan peningkatan dalam setiap aspek.
“Semalam kita boleh lihat struktur permainan yang kukuh, intensiti juga tinggi dalam 90 minit permainan.
DYAM Tunku Ismail turut memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 7 lagi pemain warisan baharu bakal memperkuat pasukan kebangsaan.
“7 lagi pemain warisan luar negara akan menambah lebih banyak kualiti dan membantu pasukan.
“Apa yang penting adalah pasukan negara bermain pada pentas tertinggi dalam kejohanan tertinggi dan disegani.
“Ini melibatkan maruah dan imej negara. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu, dan bersabar,” ujarnya di laman X.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemain warisan baharu negara kepada 9 orang susulan penyertaan Hector Hevel dan Gabriel Palmero pada kem kali ini.
Ujian berikutnya buat Harimau Malaya adalah aksi menentang Vietnam pada 10 Jun 2025 selaku tuan rumah.