Junior Eldstal Bawa Haluan Ke Indonesia, Sertai Dewa United
Asia Tenggara
@JuniorEldstal
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal kembali berkelana dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United.

Perpindahan ini disahkan oleh pengurusan Deity Warriors menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka semalam.

Dengan kehadiran Junior, maka lengkaplah sudah enam pemain import yang membarisi Dewa United untuk saingan Liga 1 Indonesia musim 2023-2024.

Advertisements

Selain bekas bek tengah Chonburi itu, The Deluxe Unicorn turut menggunakan Alex Martins, Dimitris Kolovos, Majed Osman, Sonny Stevens dan naib kapten Risto Mitrevski sebagai awang import mereka.

Sebelum ini, Junior dipinjamkan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC ke pasukan Thai League 1, PT Prachuap pada awal tahun ini. Bekas pemain remaja Reading itu merekodkan tiga penampilan bersama pasukan tersebut.

Junior bukan asing beraksi di luar negara. Selain PT Prachuap dan Dewa United, bek tengah berusia 31 tahun itu juga pernah beraksi dengan Chonburi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram