Junior Eldstal: Kami Datang Bukan Sekadar Menyertai Tetapi Untuk Bersaing
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan berpengalaman, Junior Eldstal telah berkongsi rasa teruja membawa nama Malaysia ke pentas besar Piala Asia 2023 di Qatar.

“Saya punya matlamat ialah bermain untuk negara. Apabila saya mendapat peluang ini saya amat menghargai kepercayaan Kim Pan-gon terhadap saya.”

“Kami mempunyai persefahaman yang bagus. Jurulatih Kim Pan-gon tahu kualiti yang ada pada saya dan dia tahu bila dan bagaimana mahu gunakan saya.” ujar Junior kepada pihak media.

Advertisements

“Kami tahu sudah lama Malaysia tidak layak, jadi kami datang bukan sekadar untuk menyertai tetapi untuk bersaing. Kami percaya skuad ini mampu berikan sesuatu dan kami mahu menggembirakan rakyat Malaysia.” tambahnya.

Junior turut berkongsi pandangan tentang cabaran yang bakal dihadapi Malaysia dalam kumpulan E kelak.

“Ini kumpulan yang sukar, ada Bahrain dan Jordan. Kekuatan mereka ialah keupayaan fizikal dan laju tetapi kami ada perancangan sendiri jadi yang penting ialah kekal fokus dan berikan yang terbaik.”

Advertisements

“Menentang Syria nanti adalah untuk menguji kami dan bukan untuk bereksperimen. Sebelum ini kami pernah seri 2-2. Ini akan membantu kami menentang Jordan kerana Syria dan Jordan adalah pasukan yang setaraf.” kata Junior lagi.

“Terima kasih kepada penyokong yang datang ke Qatar kerana sanggup datang dari jauh. Ini adalah pengalaman baru buat kami dan mereka yang datang. Saya teruja untuk melihat penyokong Malaysia di Stadium Qatar kelak.” tambahnya.

Malaysia bakal menentang Jordan pada 16 Januari ini namun sebelum ini skuad Harimau Malaya akan menentang Syria sebagai aksi pemanas badan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram