Junior Eldstal: Kim Pan-gon Guna Kekuatan Saya Sebaik Mungkin
Harimau Malaya
Advertisements

Pertahanan tengah kebangsaan, Junior Eldstal mengakui ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon berjaya menggunakan kekuatannya sebaik mungkin selepas mendapat panggilan ke kem latihan pusat berturut-turut.

Pemain berusia 32 tahun itu kini menikmati musim cemerlang bersama kelab Indonesia, Dewa United untuk merebut tempat bersama kem negara.

Beliau mengakui bahawa persaingan dalam skuad negara ketika ini amat baik pada semua posisi namun optimis untuk memberikan yang terbaik buat negara.

Advertisements

“Kita tahu bola sepak ada banyak persaingan terutamanya ketika beraksi buat pasukan kebangsaan.”

Junior bagaimanapun bersyukur Pan-gon berjaya menggunakan kekuatan sebenar beliau sebaik mungkin buat Malaysia.

“Kami sebagai pemain perlu mengikuti perancangan jurulatih. Beliau (Kim Pan-gon)mengetahui kekuatan dan kelemahan saya.”

Advertisements

“Beliau menggunakan kekuatan saya sebaik mungkin dengan cara yang boleh dilakukan. Jadi kita ada hubungan yang baik,” jelasnya kepada MakanBola.

Junior turut mengakui bahawa jangkaan terhadap aksi Malaysia juga semakin meningkat selepas beraksi cemerlang menentang China dan Syria tempoh hari.

Malaysia akan melayan cabaran India di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kejohanan Pesta Bola Merdeka pada 19 Oktober 2023 pada jam 9 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram