Jurang saham yang dimiliki oleh dua orang tonggak pertahanan kiri Harimau Malaya, La’Vere Corbin-ong dan juga Gabriel Palmero mencuri perhatian.
Baru-baru ini, Malaysia NT telah mengumumkan kehadiran dua tonggak baharu iaitu Hector Hevel dan juga Gabriel dalam senarai 30 pemain di kem latihan pusat skuad kebangsaan.
Tumpuan terarah kepada persaingan sengit pada posisi pertahanan kiri melibatkan Corbin, Gabriel dan pertahanan Sabah iaitu Daniel Ting menjelang aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, Corbin yang berusia 34 tahun memiliki nilai pasaran setinggi 225,000 Euro (RM1.08 Juta).
Palmero merupakan tonggak masa depan negara berusia 23 tahun kini beraksi di Sepanyol bersama CD Tenerife B.
Beliau memiliki nilai pasaran setinggi 50,000 Euro (RM241,000) sekaligus mencatatkan jurang sebanyak RM839,000 dengan pertahanan JDT itu.
Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski bakal membawa hanya 23 orang pemain bagi aksi pertama menentang Nepal pada 25 Mac 2025.
Pada musim ini, Palmero beraksi sebanyak 22 perlawanan dalam semua kejohanan sementara Corbin beraksi 20 perlawanan pada peringkat domestik.
Skuad kebangsaan turut memiliki beberapa pemain warisan lain seperti Stuart Wilkin, Dion Cools, Christian Abad dan lain-lain.