Jürgen Klinsmann Di Johor, Intip Malaysia Secara Dekat?
Harimau Malaya
Korea FA
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann dilaporkan kini berada di bumi Johor untuk melihat persembahan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara dekat.

Perlawanan ke-4 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari akan menghadapi tentangan Ulsan Hyundai yang juga merupakan jaguh Korea Selatan.

Pertembungan ini bagaimanapun dikuatkan dengan kelibat pengendali kelahiran Jerman itu yang difahamkan sudah berada di Johor.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom yang memetik laporan daripada media Korea Selatan mengenai perkara ini.

Hal ini susulan perlawanan antara dua pasukan terbaik bagi Malaysia dan Korea Selatan ini memperagakan kelibat bintang utama buat negara masing-masing.

Sebilangan besar pemain Harimau Selatan dipanggil mewakili Malaysia dalam setiap kejohanan termasuklah panggilan terbaru yang menyaksikan 11 pemain menjadi pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Advertisements

Ulsan yang dikendalikan oleh Hong Myung-bo juga menjadi pilihan utama Klinsmann untuk beraksi buat skuad kebangsaan Korea Selatan termasuklah bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia, November ini.

Sebelum ini, JDT tewas kepada Ulsan Hyundai di gelanggang lawan dengan keputusan 3-1 selain aksi ini bakal menjadi penentu perjalanan skuad Tano Solari di Asia musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram