Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung tidak lama lagi, Korea Selatan membuat persiapan awal dengan memanggil 16 pemain.
Yonhap melaporkan daripada 16 pemain yang dipanggil, 11 daripadanya merupakan pemain K-League. Manakala baki lima lagi ialah pemain yang berpangkalan di luar negara.
Bek tengah Ulsan HD dan Pemain Paling Bernilai (MVP) K-League 1, Kim Young-gwon mengetuai senarai pemain liga domestik yang menerima panggilan kem Pahlawan Taeguk.
Sementara Cho Gue-sung (FC Midtjylland), Lee Jae-sung (Mainz 05), Jeong Woo-yeong (VfB Stuttgart), Hwang In-beom (Red Star Belgrade) dan Song Bum-keun (Shonan Bellmare) melengkapkan senarai pemain Korea untuk kem ini.
Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann bakal mengumumkan skuad akhir yang beraksi di Korea Selatan pada 28 Disember ini.
Ramai peminat bola sepak percaya skuad berkenaan bakal dilengkapkan oleh pemain-pemain yang berpangkalan di Eropah termasuk kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min.
Satu nama yang berpotensi dipanggil pada saat akhir ialah penjaring terbanyak Ulsan HD, Joo Min-kyu dari Ulsan HD.
Walaupun beliau menjaringkan 17 gol daripada 36 perlawanan musim ini, namanya tidak pernah dipanggil ke skuad kebangsaan baik semasa era Paulo Bento mahupun Klinsmann.
Situasi ini dijangka berubah berikutan tindakan KFA menggantung penyerang Nottingham Forest, Hwang Ui-jo susulan masalah perundangan yang dihadapinya ketika ini.