Jürgen Klinsmann Risau Masa Depan Bola Sepak Korea
Asia
Yonhap
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann menyatakan kerisauan terhadap masa depan Liga Korea tatkala kurang pemain muda diketengahkan untuk beraksi dalam liga.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh media Korea, jurulatih kelahiran Jerman itu menzahirkan rasa sedikit ralat selepas kurang minit permainan diberikan oleh kelab di Korea kepada pelapis bola sepak negara tersebut.

Beliau merasakan bahawa peluang terhad diberikan kepada pemain muda menyebabkan kurang perkembangan berlaku dalam bola sepak Korea.

Advertisements

Kelab-kelab negara tersebut yang beraksi di pentas tertinggi bola sepak Asia juga lebih mempertaruhkan pemain berpengalaman untuk memacu kejayaan pasukan.

“Jika Lee Kang-in menjadi pemain Liga Korea pada usia 18 tahun, dia tidak akan berpeluang bermain,” jelasnya menurut Korea Football News.

Advertisements

Keadaan ini juga menyebabkan pasukan kebangsaan Korea Selatan juga tidak mempunyai pilihan pemain muda dalam pasukan ketika ini.

Antara muka muda di bawah usia 23 tahun hanyalah dua orang iaitu Lee Kang-in (22 tahun) dan juga Oh Hyeon-gyu (22 tahun) masing-masing beraksi di Eropah.

Advertisements

Korea Selatan akan berdepan Singapura dan China masing-masing pada 16 dan 21 November 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram