Ketua Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mahu meneruskan hubungan cintanya bersama The Reds apabila menubuhkan satu akaun Instagram baharu.
Pengurus berasal dari Jerman itu membuktikan dirinya sebagai legenda Liverpool dengan memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama pasukan itu selama 30 tahun pada 2020.
Kisah indah Klopp bersama Liverpool akan terhenti selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan akhir musim ini.
Jurgen Klopp telah menyertai media sosial untuk memastikan “hubungan cintanya” dengan Liverpool tidak berakhir apabila dia meninggalkan kelab itu selepas perlawanan perpisahan emosi menentang Wolves pada Ahad yang lalu.
Klopp akan menamatkan era emasnya selama sembilan tahun apabila wisel penamat dibunyikan di Anfield.
Beliau mengetuai The Reds menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2019 dan juga menjulang Piala FA dan Piala Liga semasa berada di kelab itu.
Jurulatih berusia 56 tahun yang memiliki karisma tersendiri itu mempunyai ikatan yang kuat dengan warga Liverpudlian dengan keperibadiannya yang sentiasa bersemangat.
Berminat untuk memastikan hubungannya dengan bandar itu bertahan lama selepas dia meninggalkan Merseyside, Klopp tidak mengendahkan syak wasangkanya terhadap media sosial dengan mendedahkan akaun Instagramnya sendiri pada hari Sabtu.
Akaun yang diberi nama ‘Kloppo’ dan melabelkannya sebagai ‘orang biasa’, merujuk kepada nama panggilan ‘special‘ yang digayakan sendiri oleh bekas pengurus Chelsea dan Manchester United Jose Mourinho.
Media sosial Klopp memperoleh 2,000,000 pengikut dalam masa satu hari siaran sulungnya dengan ucapan video penuh emosi kepada peminat Liverpool.
“Penduduk Liverpudlian yang dihormati, kita semakin hampir ke penghujungnya. Saya akan memanggilnya sebagai hubungan cinta. Dari hari pertama, ia adalah masa yang luar biasa,” kata Jurgen Klopp.
“Saya selalu tertanya-tanya bahawa rasanya seperti kita menulis cerita bersama-sama dan itulah yang dirasakan hari ini. Ia adalah buku yang bagus. Dan jika kita membacanya pada masa hadapan, kita akan mengukir senyuman di wajah kita.
“Meninggalkan tempat yang luar biasa ini sukar, tetapi saya mahu terus berhubung dengan anda dan walaupun saya bukan seorang yang aktif media sosial, orang memberitahu saya media sosial dapat membantu menjaga hubungan diantara kita.
“Jadi, di sini kita bertemu. Jumpa lagi!” Apabila Klopp membuat pengumuman hebat mengenai keputusannya untuk pergi pada Januari, ketika itu pasukannya mengejar empat kejuaraan.
Liverpool memenangi perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea pada Februari tetapi tersingkir daripada Piala FA menentang Manchester United dan Liga Europa dengan Atalanta.
Kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka juga pudar secara tiba-tiba sekaligus menjadikan mereka dijamin menduduki tempat ketiga selepas menentang Wolves perlawanan terakhir Kloop.