Jurulatih Al-Hilal Pertikai Mutu Pengadilan ACLE
MakanBola
Al-Hilal SC
Sponsors

Pengendali Al-Hilal, Jorge Jesus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) baru-baru ini.

Jesus meluahkan kekecewaannya itu selepas melihat Al-Hilal tewas 3-1 kepada Al-Ahli dalam aksi separuh akhir ACLE pada 30 April.

Ad

Aksi tersebut menyaksikan pengadil Jordan, Adham Makhadmeh melayangkan 11 kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan.

Ad

Dua daripadanya dilayangkan kepada bekas pemain pertahanan Chelsea, Kalidou Koulibaly. Ini selepas bek tengah Senegal itu didakwa mengasari Ivan Toney dan Roger Ibanez.

Situasi ini menyebabkan Al-Hilal terpaksa menghadapi aksi separuh akhir ACLE dengan 10 orang pemain. Bagi Jesus, ini menunjukkan Adham tidak memiliki kaliber mengendalikan aksi berprofil tinggi seperti ini.

Ad

“Saya tak nak bercakap tentang pengadil (Adham Makhadmeh) tetapi pada pandangan saya, pengadil ini tidak setaraf dengan taraf perlawanan, bola sepak dan ritma perlawanan,” katanya seperti dilaporkan The Nassr Zone.

Ad

“Dari segi teknikal, beliau tidak mempunyai kemahiran untuk sampai ke tahap ini. Beliau bertanggungjawab menjadikan perlawanan ini menjerihkan kerana soal membazir masa dan menjadi punca pertelagahan antara kedua-dua pasukan.

Ad

“Tetapi saya bertanggungjawab atas kekalahan ini dan Al-Hilal tidak dapat melepasi peringkat ini (separuh akhir ACLE).”

Ini bukan kali pertama pemain dan jurulatih meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan di peringkat Asia.

Sebelum ini, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kecewa dengan mutu pengadilan aksi ACLE antara pasukan itu dan Shandong Taishan pada 26 November lalu.

Ini disusuli kenyataan pedas yang dibuat legenda Chelsea, Gus Poyet dalam sidang media pra-perlawanan suku akhir ACL2 antara Sydney FC dan Jeonbuk Hyundai Motors pada Mac lalu.

Kekalahan ini dijangka menambah tekanan buat Jesus selepas gagal membawa Al-Hilal ke pentas final buat tahun kedua berturut-turut.

Al-Hilal kini mengalihkan fokus memburu kejuaraan Saudi Pro League (SPL) dengan menentang Al-Raed pada 8 Mei.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments