Jurulatih Australia Beri Pujian Menggunung Buat Harimau Malaya
MakanBola
ANFA
Sponsors

Pengendali kelahiran Australia, Matt Ross memberikan pujian menggunung terhadap kualiti yang dimiliki oleh Harimau Malaya.

Aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan Malaysia berjaya mengatasi Nepal dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad
Sponsors

Jurulatih muda Nepal itu cuba untuk mengganggu percaturan rakan senegara, Peter Cklamovski namun akur dengan kekalahan di tempat lawan.

Ad

“Kita bergelut pada babak pertama kerana pemain wing-backs Malaysia memberikan kita masalah. Oleh kerana itu, kami mengubah formasi kepada 5 pertahanan.

“Kita cuba untuk memaksa Malaysia beraksi lebih ke bahagian sisi padang dan menghalang pemain tengah daripada mendapatkan bola,” ujarnya.

Ad

Ross mengakui bahawa Malaysia merupakan pasukan yang lebih baik dengan kualiti pemain individu yang cukup luar biasa.

Ad

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kemenangan ini. Secara jelasnya, mereka (Malaysia) adalah pasukan yang lebih baik dan berkualiti tinggi.

Ad

“Harimau Malaya juga memiliki pemain dengan kemahiran individu yang baik. Sudah tentu, kami juga mahukan pemain seperti ini,” katanya selepas perlawanan.

Aksi kedua menyaksikan Harimau Malaya akan menentang pasukan Vietnam pada 10 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments